Ustaz Misbah
Mudir & Penolong Amil
“Amanah zakat anda menyuburkan keberkatan hidup para asnaf dan penuntut ilmu. Kami bersedia membimbing taksiran zakat anda mengikut lunas syarak.”

Bayar zakat dengan mudah, selamat dan terima resit digital LZS. Salurkan zakat anda secara sah, telus dan selamat kepada mereka yang benar-benar berhak.


Selamat datang ke portal rasmi Amil Zakat di bawah naungan Madrasah Tahfiz Al-Hirah, dilantik secara sah sebagai Penolong Amil Institusi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2018 (KOD PA : 2940). Kami memudahkan urusan taksiran, akad penunaian zakat secara syarie, dan memastikan setiap sumbangan diagihkan tepat kepada asnaf serta huffaz al-Quran yang berhak.
Layak potongan cukai pendapatan LHDN Sek. 44(11A) & Sek. 68.
Menunaikan rukun wajib sambil menyantuni para huffaz asnaf fisabilillah.
Dibimbing barisan amil berdaftar dengan lafaz niat serta doa zakat.
Zakat yang dikenakan ke atas harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar Zakat Harta dan Pendapatan adalah 2.5% daripada jumlah nilai.
Sistem lengkap untuk bayaran, rekod dan pengagihan zakat secara digital.
Pahala Berzakat & Pahala Membantu Maahad Tahfiz
Setiap bayaran layak mendapat potongan cukai pendapatan penuh di bawah Seksyen 44(11A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Dana diagihkan terus kepada asnaf fakir miskin, pelajar asnaf, dan program kebajikan tanpa ketirisan.
Dilantik rasmi sebagai Penolong Amil Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor dengan Kod PA 3099.
Pilih jenis zakat yang ingin dibayar.
Lengkapkan maklumat penzakat dengan tepat.
Teruskan pembayaran melalui FPX Billplz.
Resit digital rasmi dihantar serta-merta.


Amil Zakat beroperasi secara sah sebagai Penolong Amil Zakat yang diberi mandat untuk mengutip dan menguruskan agihan zakat secara telus dan berintegriti.
Dapatkan bimbingan taksiran zakat yang tepat dan konsultasi patuh syariah daripada pegawai amil yang dilantik secara rasmi oleh Lembaga Zakat Selangor.
Mudir & Penolong Amil
“Amanah zakat anda menyuburkan keberkatan hidup para asnaf dan penuntut ilmu. Kami bersedia membimbing taksiran zakat anda mengikut lunas syarak.”
Penolong Amil
“Setiap ringgit zakat yang ditunaikan direkodkan secara telus serta melayakkan anda menerima 100% potongan rebet cukai LHDN yang sah.”
Penolong Amil
“Hubungi kami pada bila-bila masa untuk semakan nisab, bantuan teknikal pembayaran, mahupun pertanyaan agihan bantuan asnaf.”
Penolong Amil
“Bersedia membantu urusan pembayaran dan bimbingan zakat anda mengikut lunas syarak.”
Penolong Amil
“Berzakat untuk menyucikan harta.”
Dapatkan jawapan pantas berpandukan syarak dan ketetapan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
1. Peroleh Dua pahala iaitu Pahala Berzakat & Pahala Membantu Maahad Tahfiz. Zakat anda ditunaikan secara sah mengikut lunas syarak dan diagihkan secara telus kepada asnaf serta penuntut ilmu tahfiz.
Ya, portal ini dikendalikan oleh Penolong Amil Zakat yang dilantik secara rasmi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah Kod PA: 2940. Setiap penunaian zakat adalah sah di sisi syarak dan undang-undang serta menerima resit digital rasmi LZS.
Syarat wajib berzakat ialah: 1. Beragama Islam, 2. Merdeka, 3. Milikan Sempurna (Milkut Tam) ke atas harta, 4. Cukup Nisab (bersamaan nilai 85 gram emas semasa), dan 5. Cukup Haul (genap tempoh pemilikan selama satu tahun Hijrah bagi zakat harta).
Berdasarkan Surah At-Taubah ayat 60, lapan asnaf penerima zakat ialah: 1. Fakir, 2. Miskin, 3. Amil, 4. Muallaf, 5. Riqab (pembebasan/pemulihan asnaf), 6. Gharimin (orang berhutang untuk keperluan asasi), 7. Fisabilillah (dakwah, maahad tahfiz & kebajikan ummah), dan 8. Ibnu Sabil (musafir keputusan bekalan).
Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas segala pendapatan yang diperoleh daripada gaji, upah, imbuhan, elaun, kerja sampingan, dividen, dan bonus. Kadarnya ialah 2.5% setahun daripada jumlah pendapatan yang layak sekiranya mencapai paras nisab tahunan semasa.
Kira zakat anda dengan tepat dalam masa beberapa saat dan tunaikan terus dengan selamat melalui FPX dalam talian.